Sunday

Cerita Kita

Assalamualaikum, hai semua. harap korang semua sihat. amin. 
jaga diri jaga kesihatan, pemakanan :) yg penting yg pada  beragama islam tu, jangan lupa solat. Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas kat bumi Allah yg semakin tua ini. 
pejam celik pejam celik dah nak penghujung 2014. bnyk suka duka sepanjang 2014 ni kan?  

Ingatan pd arwah maktok masih segar. kesian pada mak yg masih lg bersedih. aku juga :) .
 maktok sentiasa gembira tika aku pulang ke kampung. Dia pasti akan memelukku sambil menangis. 'babay dah balik' suara itu, senyuman itu, muka sedihnya itu masih segar dlm ingatanku. 
Maktok sgt sgt aku sayangi. sungguh aku bersyukur dibesarkan oleh seorg nenek yg amat penyayang dan amat prihatin. 
Tokwan, pasti tidak lupa pada tokwan, kini tinggallah tokwan seorang di kampung. mahu ku mengajaknya ke KL, dia tidak mahu. 
Tokwan juga sama membesarkan aku. tokwan selalu manjakan aku. tokwan selalu saja dgr apa yg aku inginkan. kasihan tokwan, kini tggl seorg disana. 

Tokwan dan arwah maktok, dua org yg sangat aku syg. mereka yg membesarkan aku, tidak pernah aku lupa. 

Maktok,. baby rindu :'( hmm semoga maktok tenang disana. Al-Fatihah.

Tokwan, jgn risau eh? baby sentiasa ada untuk tokwan. 

Emak, jgn sedih lg k? baby ada untuk kuatkan mak :)

Aku? 
Aku ada sahabat sahabat aku yg sentiasa ada dgn aku, Mehyaa, Mira, Iwan. umie, Wanie. sentiasa ada bila aku susah, sakit perit aku. Alhamdulillah.

Ya Allah, kuatkanlah mereka yg aku sayang, jagalah mereka, lindungilah mereka. Amin. 

kepada kalian yg membaca, terima kasih pada yg pernah membaca entri saya yg sebelum sebelum ni. banyak yg saya dah delete.
saya doakan kalian sentiasa sihat dan dilindungi yg Maha Esa.

sekian, 
AzlinaAmir 
Snow White :p