Thursday

Rintihan Seorang Anak

Assalamualaikum,
lama sudah aku tidak membuat entri bru. Alhamdulillah, saya masih hidup untuk menghirup udara segar tetapi semakin tua ini. Saya masih teringat ketika saya masih kecil belari anak bersama teman teman dikampung, bagaimana saya senyap2 menyusur keluar dari pintu belakang rumah maktok kerana takutkan abg sedara yg super duper garangnya + baik sbnrnya. bagaimana saya degil dan manjanya saya dulu. Emak saya sentiasa pulang lewat kerana bekerja untuk membesarkan saya tika itu.
Maktok dan tokwan membesarkan saya. Maktok yg selalu menyuruh saya untuk kerumah sebelah belajar mengaji, maktok juga yg mengajar saya untuk menjadi seorang perempuan yg harus melakukan kerja kerja rumah, tetapi, saya masih ingat sayalah yg plg degil dikampungku. hahaha. bagaimana emak, maktok dan tokwan suka menjerit nama saya "BABY!" rasanya mmg org depan belakang kiri kanan mmg dah familiar bila dgr nama saya.

Kedegilan kerana kebudak2kan saya, maktok jugalah yg banyak bersabar. Hari demi hari, saya mengikut emak ke kuala lumpur. Tika itu saya berada di darjah 5.
sedih semestinya terasa,

Emak, seorang yg sgt rapat dgn maktok, Emak sgt menyanyangi maktok. Saya tidak berapa ingat sejak bila maktok mula menggunakan kerusi  roda, tetapi sejak itulah maktok sentiasa terlantar sakit. Kami yg berada di KL jarang balikk kerana ayah yang kesibukkan kerja. terpaksalah pulang bila ada perayaan atau saya dan adik saya benar benar cuti sekolah.

Setiap kali pulang, saya masih ingat maktok suka memanggil nama saya.. ' baby cucu maktok' 'baby mau ayaq kopi' 'baby mandikan maktok' saya terharu kerana saya yg selalu maktok pggl. saya rindu akan maktok.

Pada raya haji tahun ini, saya pulang kerana mak ayah mengatakan maktok sakit dan masuk hospital. Saya pulang bersama mak ayah alin dan seorang sahabat saya, iwan. masih teringat wajah maktok ketika itu, sungguh gembira dan tersangatlah gembira. Tidak ku sedar, itulah kali terakhir saya bertemu maktok. patutlah, hari itu, saya teraasa teramatlah berat untuk balik. saya minta pada emak, saya mahu jaga maktok. emak kata, kamu tu tak sihat mak taknak dgr awk sakit.

Saya terdiam sepanjang perjalanan pulang ke KL.


9.45 pagi, 11/11/2014
Suasana sangat hening pagi itu ketika saya terdengar bunyi ringtone telefon,
saya lihat screen nama EMAK tertera. saya angkat dalam keadaan mamai. Saya terdengar suara  adk mengatakan 'maktok dh takda' saya terkaku tidak percaya. Saya terdiam tidak lama selepas itu saya check fon saya.
Whatsapp: emak sayang : 7.35 baby, tokwan kata maktok sakit sgt tu baby. tokwan kata kaki tgn                                                           maktok semua lembik.
saya terkaku lagi. benarkah maktok sudah tiada. setitik, dua titik saya terus meraung. saya kebilik sahabat saya disebelah, ezzy. meraung disebelahnya, saya tidak dapat gambarkan perasaan ketika itu. Suasana masih hening.

3.00 ptg
kami sampai di penang. berderatan kereta dan org2 disekeliling. kepala saya berpinar. tidak! maktok aku mahu tgk maktok!
saya masuk kehalaman rumah terlihat sekujur tubuh. tidak berani menatap muka maktok lg. aku berada dihujung kepala maktok dimana seorang makcik sedang menngikat dikepala maktok. wajah maktok tidak kuat untuk ku tatap. kulihat emak sedang menangis melihat maktok. org sekeliling menyuruhku menabur bunga disekeliling kain kafan maktok. aku harus kuat!  ya aku harus!
saya bangun, ke arah mak. ku ambil bunga terus ku tabur sehingga ke paras perut. kulihat muka maktok. tidak aku tidak kuat. aku terus kebelakang balik.
ramai jiran, sahabat lama disamping aku,
kulihat emak, emak menangis hiba. tidak lama selepas itu, mereka mahu menutup kain dan muka maktok dan ketika itu lah kakak mak sampai. mereka bberdua kelihatan begitu lemah sekali, siapa lagi mahu kuatkan mereka kalau bukan kami anak anak? aku pergi kesamping mak. ku kuat kan semangat emak walau aku sendiri hiba. ku tatap lagi wajah maktok. bersih! sangat bersih! ku tersenyum. wajah maktok sangat berseri. Ya ALLAH!

aku mengikut emak yg ingin mengikut keranda dibawa. mak masuk ke van jenazah bersama tokwan dan abg ipar mak. mereka bertiga dibawa pergi dahulu, aku menaiki kereta bersama dengan abgku.
di masjid mereka solat jenazah.

selepas itu sesampai dikuburan, mereka menguburkan maktok. sangat bersih kubur maktok.



Aku tersenyum, baru ku teringat, biarlah maktok pergi dengan tenang disana. maktok sudah lama merasakan sakit ketika didunia. Alhamdulillah, tenanglah maktok disana. tinggal sekarang emak ku yg sgt bersedih ketiadaan ibunya,

Emak, relakanlah ibumu pergi. Doakanlah dia. Janganlah kau bersedih emakku. semoga maktok tenang disana. Al-Fatihah.

 Semalam, genap sebulan maktok meninggalkan kami sekeluarga.
MAktok didalam kenangan





we will missed you.

love,
cucumu, 
BABY(AZLINA AMIR)